Friday, 12 April 2013

Cerita Tikus


Assalamualaikum..
Hari ini nak cerita sikit sebuah cerita khayalan,
cerita ni aku dapat masa pergi kursus di Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP)
masa sem pertama aku dulu (September 2012)
cerita ini ada ditulis dekat blog member aku yang pergi sekali dengan aku ke UNIMAP
btw member aku versi dia lain sikit
korang boleh baca versi member aku ni http://encikess.blogspot.com/
so yang ni versi aku selepas menyunting versi member aku tu
selamat membaca

Cerita khayalan...

Pada suatu hari
Ada seekor tikus, dia sangat tidak suka dirinya sendiri.
tikus ni asyik kena buli dengan kucing.
pada suatu hari dia terjumpa dengan nenek yang ada sakti.
disebabkan selalu sangat kena buli dengan kucing,
tikus ni merayu dekat nenek sakti tu untuk jadikan dia kucing.
so, nenek tu tukarkan dia menjadi kucing.
bila dah happy2 jadi kucing,
dia kena ganggu pula dengan anjing.
maka dia pun buat permintaan lagi untuk jadi anjing.
bila dah jadi anjing, dia rasa sangat berkuasa.
tapi pada suatu hari dia bertemu dengan harimau
dia sangat takut pada harimau
kerana harimau lagi kuat dan lagi garang
jadi dia pun buat permintaan untuk jadi harimau
selepas menjadi harimau
dia dapat buli haiwan lain.
tapi, pada suatu hari,
dia bertemu pula dengan gajah
dia merasa sangat takut dengan gajah
gajah lebih besar dan lagi kuat
lalu dia mintak pula pada nenek sakti menjadi gajah
tetapi selepas beberapa ketika dia menjadi gajah
dia masih lagi tak puas hati
dia bertemu semula dengan nenek sakti
dia minta ditukar semula kepada tikus
iaitu diri dia yang asal
nenek sakti bertanya kenapa pula dia nak berubah menjadi tikus semula
bukankah gajah sangat besar, kuat dan gagah
tapi dia pula menjawab "betul gajah memang besar, kuat dan gagah tetapi
gajah takutkan tikus, setiap kali aku bertemu tikus aku merasa takut"
setelah mendengar penjelasan itu nenek sakti menukarkannya semula kepada tikus.
dan dia merasa sangat happy menjadi tikus semula.

kesimpulannya,
jadi lah diri sendiri yang tahu kelebihan dan kekurangan diri.
jangan kita terlalu asyik nak jadi seperti orang lain
sedangkan kita lupa kelebihan yang kita ada mampu jadi lebih baik dari orang lain...
Adios....


1 comment:

  1. Wah.. pandainya abg ayob buat cerita sebelum tido
    .. huahua

    ReplyDelete