Thursday, 25 April 2013

Kisah Aku Di Zaman Batu

Whaddup Yo!

Kali ni gua nak citer sikit pasal pengalaman gua terperangkap dizaman batu.
Nampak macam mengarutkan tapi inilah kiasan der...
Citer ni terjadi pada minggu lepas, gua tak berapa nak ingat tarikh dia.
Biasalah zaman batu mana ada tarikh.

Internet
Pertama sekali yang terjadi pada diri gua yang sememangnya insan yang malang ni
adalah tiba2 gua tak dapat sambung internet, gua tak dapat login wifi Jaring UKM
Bermulalah episod zaman batu gua.
Jadi selama seminggu jugak lah gua terputus hubungan dengan dunia millenium ni.
Facebook jangan cakaplah, sememangnya gua kesunyian sepanjang minggu tu.
Jadi gua cuba cari jalan keluar untuk kembali ke abad 21.
Setelah memikirkan pelbagai jalan
Akhirnya gua berjumpa dengan seorang "pawang"
nampak tak gua mengarut disitu hehe :p
Gua baru sedar yang di Kafe Kolej gua ni ada wifi untuk tetamu-cafe.
Jadi setelah bertanyakan pelbagai masalah pada si pawang terbabit
Pawang tu pun cakap yang gua perlu berjumpa Ahli Sihir jika nak kembali ke abad-21
hehe ahli sihir tu pengurusan kolej gua, tak ada maksud apa2 pun gua gelarkan dia ahli sihir k!
Apa lagi dengan semangat yang berkobar untuk pulang ke masa depan gua pun naik ke langit ketiga
(ARAS 3 - Pejabat Pengurusan Kolej)
Setelah diselidik oleh ahli sihir terbabit, jawapan yang diberikan adalah gua telah melanggar pantang
perghh!! pantang apa plak ni?
Pantangnya adalah pantang kalau habis semester tak CHECK OUT dan masuk semester tak CHECK IN bilik. Jadi sepanjang sem ni gua hidup sebagai pendatang haram hahaha (patutlah yuran aku murah hehe)
Oleh disebabkan itu gua telah dihilangkan daripada abad-21 sementara,
Jadi setelah berubat (check-in) gua boleh balik ke abad-21 semula.
Dalam perjalanan pulang ke abad-21 tangan gua sekali lagi melanggar pantang,
pantang kali ni adalah bila gua salah login password banyak kali sampai kena reset balik huhuhu.
Yang sengalnya macam mana gua nak tahu password baru gua kalau gua sendiri tak boleh bukak email.
Arghhhh!!!!

Air dan Elektrik
Dalam minggu yang sama juga gua telah menempuh sesuatu yang sukar untuk dihadapi oleh manusia modern macam gua ni iaitu ketiadaan air dan elektrik.
Arghhh!!! macam mana gua nak berak kalau air tak ada ni. aduhhh!!!
Lebih2 lagi pada sabtu yang lepas gua harus berperang dengan tamadun Mikro.
Pagi tu memang gua mandi ala kadar je lah, seksa dowh nak angkat air dari bawah.
Gua dah lah tinggal atas kayangan ke-empat (tingkat empat) memang nak terberaklah kalau hari2 kena angkat air dari bumi ni huhuhu.
Setelah pulang dari medan perang mikro yang gua rasa gua tewas dari segi kelengkapan senjata tu satu UKM  tak ada elektrik.
Wei!! aku nak tidor dowh sakit kepala aku mengenangkan Mikro tu.
Jadi dengan nekad gua pun tidur dalam keadaan kepanasan.
Tapi nasib ketiadaan elektrik tu tak lama.
Menjelang senja seingat gua elektrik datang balik setelah dipanggil dengan pujuk rayu.
Tapi kehilangan air masih lagi menimbulkan rasa rindu dendam.
Segala kembali sedia kala ketika gua pulang dari kelas petang hari isnin yang lalu
Air yang merajuk sudah kembali. (dapatlah gua berak dengan tenang lepas ni :P)

Tapi gua masih lagi terperangkap dizaman batu
internet masih lagi tidak dapat di access
pada keessokan harinya gua telah mengambil satu iltizam untuk merembat satu portion iaitu penawar agar gua dapat kembali ke abad-21
portion tu adalah jalur lebar pra-bayar bernama Yes!
Yes! gua telah kembali ke abad-21 dengan selamat.
Pada masa yang sama Jaring gua dapat di access menggunakan password yang baru
memang gua rasa happy sampai nak mencarut @$!#@%.
Tapi ada guna juga beli broadband tu sebab Jaring pun bongek gak kadang2.

Jadi itu sajalah cerita gua di zaman batu dengan gua hidup sebagai pendatang haram, ketiadaan internet, air dan elektrik banyak mengajar gua erti kurangkan kontroversi tingkatkan prestasi.
apa yang gua merepek ni hehehe :p
So dengan rasa riaknya gua mengucapkan terima kasih kepada sesiapa yang membaca post gua kali ni
sebab inilah post paling panjang pernah gua karang dalam hidup gua hahaha.
Adios brother!!

2 comments:

  1. haha.. ayob2.. semua post ko mst wat aq tergelak.. ko nikan.. bukan je bercakap, menaip pun merepek.. huahua.. ko mmg org zaman batu kan... tulah namanya kesabaran.. kalau tak, mst ko da g aras 6 kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. jgn ckp... aku dh jenguk gak aras 6 tu... huhu :p

      Delete