Sunday, 21 April 2013

Mid Exam Week

Whaddup!!

So kali ni gua nak citer pasal mid exam gua.
Dengar je mid exam mesti rasa seram kan'
Minggu ni gua tempuh 3 paper dan satu presentation (group).
1st paper Aplikasi Komputer
2nd paper Matematik Untuk Ekonomi Dan Perniagaan
Last paper Mikroekonomi 1
Presentation - Info Sharing (Academic Communication)

Academic Communication
Untuk presentation tu gua rasa tak ada masalah kot.
Semuanya berjalan dengan lancar walaupun english kitorang ni tahap band10 kan hehe :p.
Tak ada lah stress sangat.

Aplikasi Komputer
Yang ni gua macam enjoy sikitlah sebabnya gua rasa gua boleh jawab.
Hehe tiba2 ada toyol dalam komputer huhuhu.
Jadi gua rasa gua agak skor lah subjek ni walaupun part powerpoint gua tak sempat.
Gua yakin ramai yang tak sempat siap pun :p. hihi

Matematik Untuk Ekonomi dan Perniagaan
Inilah paper mencabar pertama gua.
Sejujurnya gua memang minat kira2 ni.
Tapi lepah berkira semula gua rasa ini lah salah satu subjek yang menjahanamkan gua huhu.
Boleh dikatakan lepas balik cuti tu hari2 gua menghadap subjek ni.
Soalan dia plak agaklah sukar.
Memang soalan tu membunuhlah katakan.

Mikroekonomi 1
Subjek ni pun boleh tahan gak.
Ini pun antara paper yang akan melingkupkan gua (kalau gua tak skor final lah huhu)
Selepas paper Matematik subjek ni lah gua study sampai lebam.
Masa study tu mcm ok je, tp bila time exam tu perghh... cam siot je.
Apa pun gua tak ingat benda.
Tapi yang best masa exam tu, sebelah kanan gua student international maybe korea kot.
Tak ada lah lenglui mana pun,
tapi gua agak jelez dia boleh plak meniru dengan penuh toyol dimeja.
Nasib baik tak kantoi, tapi hampir kantoi lah
Kalau kantoi gua yakin mesti kena satu das pelempang dipipi.
Tapi nasib wonder girl agak baik dia selamat.
Rugi gua tak mintak jawapan dari dia huhu.

Itulah je lah yang gua nak citerkan dalam post kali ni...
Adiosz...




No comments:

Post a Comment