Wednesday, 10 April 2013

Kuala Lumpur

Sayangilah Kuala Lumpur,
Yeah!! Mari bercerita sikit tentang rumah aku ni KUALA LUMPUR
seperti yang dimaklumlan pada post yang lepas
disinilah seluruh hidup aku dihabiskan sejak lahir lagi.
Sememangnya aku anak jati Kuala Lumpur.

Bendera Wilayah Persekutuan

Bendera Kuala Lumpur
Jata Kuala Lumpur




Kuala Lumpur
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kuala Lumpur (Tulisan Jawi: كوالا لومڤور, singkatan: KL) atau nama penuhnya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, ialah ibu negara dan bandar terbesar di Malaysia. Kawasan Wilayah Persekutuan ini yang meliputi tanah seluas 244 km2 (94 batu²), diduduki 1.63 juta orang mengikut banci tahun 2010.[2] Kuala Lumpur tergolong dalam sebuah kawasan metropolitan besar yang turut meliputi sebahagian besar negeri Selangor, iaitu Lembah Klang, sebuah kelompokan bandar yang diduduki 7.2 juta orang[3], dan juga kawasan metropolitan yang paling pesat membangun di negara dari segi bilangan penduduk dan ekonomi.[4]
Kuala Lumpur merupakan tempat letaknya Parlimen Malaysia, dan juga pernah menjadi lokasi cabang eksekutif dan kehakiman kerajaan persekutuan yang kini bertapak di Putrajaya sejak tahun 1999.[5] Namun begitu, terdapat beberapa cawangan kehakiman yang kekal di ibu kota ini. Kediaman rasmi Yang di-Pertuan Agong, iaitu Istana Negara, juga terletak di Kuala Lumpur. Bandar raya ini juga merupakan pusat kebudayaan dan ekonomi Malaysia kerana kedudukannya selaku ibu negara dan bandar raya primat.[6] Kuala Lumpur ditarafkan sebagaibandaraya dunia alfa, dan juga satu-satunya bandar raya global di Malaysia, menurut Globalization and World Cities Study Group and Network (GaWC).[7]
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ialah salah satu daripada tiga buah Wilayah Persekutuan Malaysia, dan juga sebuah enklaf dalam negeri Selangor, di pantai barat tengah Semenanjung Malaysia.[8]
Semenjak 1990-an, bandar raya ini menjadi tuan rumah kepada berbilang acara sukan, politik dan kebudayaan, termasuk Sukan Komanwel 1998 dan Kejohanan Dunia Formula Satu.[9] Selain itu, di Kuala Lumpur terdirinya menara berkembar tertinggi di dunia, iaitu Menara Berkembar Petronas.[10]
Kuala Lumpur dihubungkan dengan dunia luar oleh dua buah lapangan terbang, iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah yang kini hanya berkhidmat untuk penerbangan dalam negara.




Sejarah
Rencana utama: Sejarah Kuala Lumpur
Sejarah moden Kuala Lumpur bermula pada 1850-an, ketika ketua Melayu Klang, Raja Abdullah,[11] mengupah buruh Cina untuk membuka lombong timah yang baru dan lebih besar.[12] Mereka tiba di kuala Sungai Gombak dan Sungai Klang untuk membuka lombong di Ampang.[12] Sungai Gombak pernah dikenali sebagai Sungai Lumpur, maka nama asal untuk bandar ini ialah "Pengkalan Lumpur", lama-kelamaan diberi nama Kuala Lumpur. Tidak lama kemudian, lombong timah dibuka di Pudu dan Batu.
Lombong-lombong ini berkembang menjadi kawasan perdagangan yang semakin diterima sebagai bandar sempadan. Banyak sekali kemelut yang dialami Kuala Lumpur yang masih muda itu, terutamanya Perang Saudara Selangor, di samping diserang wabak penyakit, kejadian kebakaran dan banjir.[12] Sekitar 1870-an, Kapitan Cina Kuala Lumpur, Yap Ah Loy menjadi pemimpin yang bertanggungjawab memastikan ketahanan diikuti pertumbuhan sistematik bandar ini. Beliau mula membangunkan Kuala Lumpur dari sebuah tempat kecil yang tidak dikenali menjadi bandar perlombongan yang giat sekali ekonominya.[13] Pada tahun 1880, ibu negeri Selangor berpindah dari Klang ke Kuala Lumpur yang jauh lebih strategik.[14]

Yap Ah Loy Kapitan Cina Ketiga 1868-1885

Perang Dunia Kedua

Gambar-Gambar












No comments:

Post a Comment