Wednesday, 10 April 2013

Siapkah Aku? Aku dan IPT?

Assalamualaikum bro2 dan sis2 sekalian.
Rasa pelik tiba2 plak kena tulis blogkan huhu.
Status kat FB pun susah nak naik inikan plak nak berblogging.
So ape yang aku nak tulis sebagai memperkenalkan diri aku pada korang eh??
Aku seorang pemuda yang dilahirkan di Hospital Besar Kuala Lumpur pada tahun 1991,
membesar di Kuala Lumpur dan bersekolah di Kuala Lumpur.
Boleh dikatakan hidup mati aku di Kuala Lumpur.
Aku seorang graduan lepasan Diploma in Management University Tun Abdul Razak (UNITAR) sebuah universiti bertaraf swasta (IPTS).
UNITAR Pintar campus and regional center


UNIRAZAK boutiqe university located at Kuala Lumpur.

Kisah UNITAR dan UNIRAZAK ni ada ceritanya.
Nak dipendekkan cerita UNITAR dan UNIRAZAK asalnya satu universiti (UNITAR juga dikenali sebagai UNIRAZAK sejak 2010) tapi kini telah terbahagi kepada dua. Maka sejak tahun 2012 UNITAR telah berpisah dengan Butik Kampusnya di Kuala Lumpur dan membawa nama baru iaitu UMTECH (2012) sebelum ditukar ke UNITAR International University (2013).
Kenapa ditukar nama sebab UNIRAZAK butik kampus pun nak pakai nama University Tun Abdul Razak gak huhu :p.

change to


Aku menghabiskan Diploma aku selama 2 tahun setengah. Dari Mei 2009 - Februari 2012.
Dan kini aku melanjutkan pelaran diperingkat Sarjana Muda atau dalam Bahasa Inggerisnya Bachelor of Degree dalam jurusan Ekonomi di universiti bertaraf universiti penyelidikan dan juga awam (IPTA) iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sejak September 2012.

Sebelum tu aku ada melakukan Degree Bachelor of Business Adminstartion (BBA) selama 1 sem setengah di University Management of Technology (UMTECH) nama sementara UNITAR sebelum ditukar ke UNITAR International University. Februari 2012 - Mei 2012.
Kenapa aku berhenti?? sebabnya aku dapat tawaran ke UKM itu je lah reasonnye hehe :p.
Aku telah merasa IPTS dan IPTA dan sememangnya kedua2 IPT ini berbeza.

Ok sebenarnya aku tak tau nak tulis apa ni macam melalut sikit dari objektif asal aku "Siapakah Aku?" sebab tu aku letak "Aku dan IPT?"
itu je lah kot buat waktu ni.
Adios brother...........

2 comments:

  1. Salam nak tnye kalau degree in economics unirazak vs degree in economics uia yg mana better?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam, saya pun x sure mana better. cuba lihat kandungan subjek yang ada dlm kursus tu lepastu bandingkan. kalu unirazak x silap lebih kepada political ekonomi manakala uia sudah pasti lebih kepada islamic ekonomi. apa kata cuba ekonomi di UKM atau UM. ekonomi dkt dua2 ipta ni semmgnya pure economy. UKM ada menawarkan ekonomi islam kalau berminat.

      Delete