Thursday, 11 April 2013

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)


As-salam,
Kali ni aku nak cerita sikit tentang IPT yang sedang aku menuntut ni,
rasanya semua dapat agak dari logo diatas tu.
Yup tepat sekali aku nak cerita sedikit tentang sejarah UKM ni (actually aku rembat dari WIKI hehe)

Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan salah sebuah universiti yang terdapat di Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ditubuhkan secara rasmi pada 18 Mei 1970. Kampus sementaranya dibuka di Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Kini, kampus utama Universiti Kebangsaan Malaysia terletak di Bandar Baru Bangi, Selangor. Terdapat juga sebuah hospital pengajar, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di Cheras, Kuala Lumpur dan sebuah kampus cawangan, juga di Kuala Lumpur.
Keperluan pendidikan tinggi untuk orang Melayu mula dibangkitkan pada 1903 dalam Mesyuarat Majlis Raja-raja. Pada tahun 1917, Za'ba, seorang cendekiawan membangkitkannya dalam akhbar Lembaga Melayu. Ini diikuti pada tahun 1923, seorang tokoh pendidik A. Kadir Adabi, mengemukakan memorandum gagasan tersebut kepada DYMM Sultan Kelantan. Selepas merdeka, masalah perlanjutan pelajaran bagi pelajar sekolah menengah aliran Melayu dan sekolah agama Islam menyemarakkan lagi idea ini.
Kini UKM telah berkembang pesat dan mempunyai 13 buah fakulti,14 buah institut, 12 buah pusat, dan sebuah sayap swasta UKM Holdings Sdn Berhad. UKM merupakan salah sebuah daripada 4 universiti di Malaysia yang bertaraf universiti penyelidikan.
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menduduki tangga ke-31 dalam ranking Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings tahun 2012 bagi universiti di bawah 50 tahun penubuhannya dan menduduki tangga ke-53 (2011) dan ke-58 (2012) dalam ranking QS Top 500 Asian University Rankings. [1] - sumber wikipedia

Hebat tak sejarah UKM ni, sebab tu aku pilih UKM sebagai pilihan pertama aku dalam borang UPU dulu, dan Alhamdulillah aku dapat pilihan pertama aku. Belajar di UKM memang agak mencabar gak lah, ye lah dah dikelilingi oleh mahasiswa-mahasiswi yang hebat2 dari seluruh Malaysia ni telah membuat aku merasa kecik sangat huhuhu. Walau apapun orang mengata dan memperkatakan tentang UKM, aku tetap bangga menjadi mahasiswa UKM ni.

UKM Pantai Bahru

UKM Bangi dalam pembinaan

Bangunan perpustakaan Universiti di Jalan Pantai Baru


Dewan Cancelor Tun Abdul Razak (DECTAR)

DECTAR

dalaman DECTAR

dalaman DECTAR


DECTAR

Masjid Universiti UKM
PTSL

Perpustakaan Baru

Pusanika


Bangunan FEP

Bangunan FTSM

Bangunan FUU

Dewan-Dewan Kuliah FSSK

No comments:

Post a Comment