Thursday, 23 May 2013

Ketua Polis Negara Baru




KUALA LUMPUR: Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini menerima watikah pelantikan Ketua Polis Negara dalam satu majlis di Bukit Aman, di sini.
Watikah pelantikan itu diserahkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi.
Menurut laman rasmi Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM) Abdul Rahim turut menyerahkan watikah pelantikan kepada Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Zinin.
Sebaik majlis itu selesai, Khalid mempengerusikan mesyuarat bersama Pengarah-pengarah Jabatan PDRM, Pesuruhjaya Polis Sabah dan Sarawak, Ketua-ketua Polis Negeri dan Komander-komander pasukan PDRM di Bilik Mesyuarat Utama Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam. - BERNAMA

*Semoga dengan pelantikan Tan Sri Khalid Abu Bakar dapat memantapkan lagi badan kepolisian negara dengan lebih jitu. Bersama itu dapat meningkatkan lagi integriti dikalangan anggota polis dan lebih tegas dalam menangani jenayah samaada dari kalangan orang awam mahupun situasi politik masa kini. 

No comments:

Post a Comment