Monday, 27 May 2013

Pembentangan Yang Arghh...!! Sengal!!!

Whaddup!

Hari ini aku telah menempuhi satu pembentangan individu didalam bahasa inggeris. Ini bukan pertama kali aku membuat pembentangan didalam bahasa inggeris, tetapi inilah pembentangan aku yang paling teruk selama aku bergelar mahasiswa sejak diploma lagi. Ok jom lihat apa yang membuatkan aku rasa pembentangan kali ini teruk :-

1. Tak gentar pun nak present, tapi penyakit gelabah tu datang dengan tiba-tiba dan secara mendadak. Sukar aku nak kawal sampai sukar nak berucap.

2. Banyak artikel sudah dibaca, banyak idea sudah dicipta tapi apabila datang penyakit gelabah tu semua yang aku baca aku tak ingat dan semua idea aku tak terluah.

3. Banyak yang nak aku cakap, tetapi aku lebih banyak pause dan aku tak cakap apa yang sepatutnya aku cakap.

4. Slide presentation dah comel tapi aku tidak menggunakan sebaik mungkin.

5. Kertas ucapan sudah dibuat tapi aku merasakan sukar untuk membaca kerana kertas tu terlalu rendah dan amat ketara kalau aku membongkok untuk baca.

6. Aku tak tahu nak bergerak kemana dan mengekalkan eye contact dengan audiens.

7. Bahasa Inggeris yang menampakkan mula berkarat, penutup aku tersasul sedangkan ucapan penutup sudah berabad aku gunakan.

Kesimpulannya aku harus lebih banyak menggunakan bahasa inggeris didalam kehidupan seharian agar perkara diatas dapat dielakkan serta aku perlukan lebih banyak membuat pembentangan didalam bahasa inggeris mahupun bahasa melayu supaya penyakit gelabah aku itu dapat dikurangkan. Akhir sekali dari aku jangan lupa untuk memperbanyakkan latihan  atau praktis sebelum memulakan pembentangan, Jangan nak poyo sangat nak melakukan spontan.

Peace, Love and Harmony Brothers…!!


No comments:

Post a Comment