Friday, 24 May 2013

Tips Bagaimana Cara Membuat Pembentangan Yang Hebat dan Berkesan


Tips Bagaimana Cara Membuat Pembentangan Yang Hebat dan Berkesan

assalamualaikum
Sekadar mahu berkongsi sedikit pengalaman dan ilmu yang hakikatnya tidak seberapa. Sebagai pelajar,kita mesti selalu kena buat perbentangan kan?dari sekolah dulu lagi cikgu minta kita ke depan untuk buat perbentangan,bila dah ke IPT apatah lagi kan? Memandangkan Isnin nanti aku ada pembentangan jadi tips dibawah ni bolehlah aku jadikan panduan.

Bagaimana untuk kelihatan bersedia semasa perbentangan?

Hakikatnya ada perbentangan secara spontan dan ada juga yang memerlukan persediaan. Tetapi kalau dalam keadaan benar-benar tidak bersedia,ada tips yang kita sama-sama boleh praktikkan!

1 : Pembukaan Yang Menarik Perhatian.
Pembukaan memang sangat penting dalam persembahan “slide”, mulakan dengan memperkenalkan diri dan terangkan serba sedikit tentang apa yang hendak di persembahkan. Jangan campurkan isi persembahan dalam pembukaan. Selepas itu pastikan ia dilakukan dengan kreatif agar menarik minat penonton untuk menonton perbentangan kita itu.

2 : Penuh Keyakinan
Keyakinan merupakan kunci kejayaan pada setiap pembentangan. Ia adalah untuk memberi keyakinan pada penonton, bahawa pembentangan ini mempunyai ilmu yang padat dan untuk menunjukkan pada pensyarah bahawa kita telah membuat kajian yang banyak dalam hal yang berkaitan dengan pembentangan.

3 : Penampilan Yang Bersesuaian.
Aspek pemilihan pemakaian rasanya amat penting untuk kelihatan lebih mantap di hadapan penonton. Bagi persembahan berkumpulan, kita digalakkan memakai pakaian yang sama contohnya jika berkemeja putih semua berkemeja putih. Sama juga jika memakai blazer.

4 : Bahasa Dan Suara Yang Jelas, Fasih dan mudah difahami.
Kita tak memerlukan suara seperti Yuna dan Anna Raffali untuk menjadi yang terbaik dalam pembentangan. Apa yang penting ialah suara yang cukup jelas dan tegaskan suara dibahagian tertentu yang mempunyai maklumat penting dan jangan memberi pembentangan laju macam kapal terbang. Fokus dan bertenang agar memperoleh fokus. Tambahan, jika hendak mengunakan Bahasa Melayu, gunakan sepenuhnya.

5 : Informasi
Untuk membentangkan sesuatu perkara, perkara mudah sahaja tentang apa yang korang ingin bentangkan masih tidak mencukupi. Cari informasi tentang tajuk pembentangan dengan maksima mungkin di dalam internet, buku dan mana-mana rujukan yang boleh didapati. Kita mesti tahu peralatan yang hendak digunakan semasa pembentangan.

6 : “Eye Contact Dan Body Language”
Tidak dinafikan, penggunaan “eye contact dan body language” mempunyai pengaruh yang besar terhadap kejayaan sesuatu pembentangan. Hubungan “eye contact” tidak semestinya tertumpu pada seseorang penonton sahaja, cuba kita tumpukan pada semua penonton yang ada.

7 : Penutup
Biarpun penutup , anggaplah benda ini sebagai salah satu aspek penting. Ulang balik apa isi-isi penting dalam pembentangan korang tadi agar penonton boleh imbas kembali apa yang kita bentangkan dan akhirilah pembentangan dengan penuh keyakinan agar apa yang kita bentangkan tu terus kekal dalam ingatan mereka.


No comments:

Post a Comment